Kenapa?!
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Bangkitlah wahai sahabat-sahabatku...
Masuk atau menerima Islam secara keseluruhannya seperti dalam ayat di atas, boleh disimpulkan seperti di bawah ini :
1- Menerima Islam sebagai cara hidup.
2- Menerima Islam sebagai penyelesai kepada semua masalah.
3- Menyedari bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang
benar di sisi Allah.
4- Menyedari bahawa apabila tidak beramal dengan Islam secara
serius, akan ditimpakan musibah oleh Allah SWT.
5- Memahami dengan sebaik-baiknya, bahawa apabila tidak
beramal dengan Islam, bererti tidak percaya kepada
kemuliaan Allah selaku Pencipta, apabila tidak percaya
kepada Allah, bermakna menempah tempat dalam neraka.
6- Bersedia untuk menjadikan Islam sebagai pegangan dari
sudut pakaian, cara berfikir, pergaulan, usaha harian, kerjaya
dengan melaksanakan segala tanggungjawab sebagai
Muslim/Muslimah sejati di sisi Allah.
7- Memperuntukkan masa untuk belajar Islam serta berkorban
segala keringat, masa, tenaga, pemikiran dan kesanggupan.
8- Berjanji kepada Allah untuk memelihara agama-Nya.
9- Berjanji untuk memelihara jiwa daripada sebarang naluri dan
kecenderungan yang menyalahi syariat.
10- Berjanji untuk memelihara harta daripada terjebak
menyokong musuh-musuh Allah yang akhirnya membunuh
saudara-saudara seagama seperti membeli rokok keluaran
syarikat orang-orang Yahudi.
11- Berjanji memelihara keturunan serta kehormatan sebagai
orang Islam dengan tidak melakukan perkara-perkara yang
boleh menjejaskan imej serta peribadi sebagai seorang
Muslim yang sungguh-sungguh untuk mendaulatkan Islam.
12- Berjanji untuk memelihara memelihara akal daripada berfikir
yang boleh merosakkan kesucian agama Islam dan berfikir
cara bagaimana boleh memajukannya.
13- Menterjemahkan lima slogan yang pernah difahami oleh
generasi ulama awalan sebagai cara hidup sempurna, iaitu
i ) Allah matlamat kita.
ii ) Rasul itu pemimpin kita.
iii ) Contoh teladan kita.
iv) Al-Quran itu perlembagaan kita
v) Jihad itu adalah cara hidup kita dan mati pada jalan Allah
adalah cita-cita kita yang tinggi lagi murni di sisi Allah.







